Wednesday 17 July 2013

MAHARANI MENGATASI KEPUTIHAN



Satu kajian klinikal terhadap 5000 wanita berkeputusan Herba Maharani dapat menyelesaikan 100% masalah keputihan.

Kenali warna-warna keputihan / lelehan faraj.

Ketahui Gejala Penyakit Melalui Warna Lelehan Faraj
Anda boleh mengetahui penyakit yang mungkin dialami melalui warna lelehan faraj. Semoga keterangan lanjut INTAN JASTINA JAMALUDDIN yang mendapatkan pandangan daripada doktor pakar perbidanan dan sakit puan, Dr. Mohamed Rafi Mohammed Feizal dari pusat perubatan Umra, Shah Alam dapat membantu.
Tanda-tanda penyakit akibat daripada keputihan boleh diamati menerusi ciri dan warna lelehan yang keluar saat keputihan berlangsung. Namun, perlu anda ketahui bahawa tidak semua lelehan yang keluar itu merupakan tanda penyakit.

Dalam kebanyakan kes, masalah keputihan yang kerap berlaku kepada para wanita adalah disebabkan oleh kulat. Ini termasuklah wanita hamil. Namun, apabila masalah menjadi lebih kronik, pemeriksaan perlu dilakukan kerana dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil. Bagi wanita yang tidak hamil, keputihan lazimnya berlaku sewaktu stres ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah.

1. Jernih
Sekiranya, lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau. Keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Lazimnya, lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu menjelang haid, sekitar waktu subur atau apabila hormon estrogen berlebihan mahupun stres. Malah, keputihan seperti ini turut sering dialami oleh kebanyakan wanita hamil.

2. Putih
Lain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk. malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar anda menderita jangkitan yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita.

3. Putih Pekat
Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutamanya ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.

4. Coklat
Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.

5. Merah muda
Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini terjadi setelah melahirkan. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul saat anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.

Warna-warna lain
1.Kelabu
Apabila lelehan berwarna kelabu dengan garis darah, berair, sangat banyak dan berbau busuk, anda perlu lebih prihatin dan segera mendapatkan pemeriksaan doktor kerana ia berkemungkinan petanda awal kanser.

2. Kuning kehijauan
Jika lelehan yang keluar berupa kuning kehijauan, berbuih, sangat banyak, gatal, berbau busuk dan sakit di sekitar kawasan bahagian intim serta kemerahan pada vagina, kemungkinan besar anda mengalami jangkitan
yang disebabkan oleh kuman protozoa trichomonas vaginalis.

3. Kuning
Jangkitan yang disebabkan oleh nisseria gonorrhoe mungkin berlaku apabila lelehan yang keluar berwarna kuning, kental, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan; sakit di daerah sekitar kemaluan serta sakit ketika anda membuang air kecil.

Jika anda mengalami gejala keputihan seperti ini, segeralah berjumpa dengan doktor kerana rawatan khusus harus dilakukan segera bagi mencegah komplikasi yang lebih teruk. Komplikasi yang dimaksudkan sering berlaku apabila kuman mula menyerang serviks. Komplikasi jangka panjang yang lebih ngeri ialah anda mungkin mengalami masalah mandul organ peranakan terutamanya tiub fallopio rosak.

Sekiranya anda beranggapan keputihan yang dialami tergolong sebagai abnormal, maka segeralah bertemu doktor. Namun, pastikan sebelum bertemu dengannya, anda tidak membersihkan vagina dengan sabun pencuci atau apa-apa jenis pencuci pun. Hal ini penting agar doktor dapat melihat keadaan sebenar keputihan.

Selanjutnya, anda akan diberi rawatan yang bersesuaian dan dipantau perkembangannya. Dalam sesetengah kes, sekiranya masalah keputihan yang dialami berulang biarpun rawatan telah diberikan, suami pun perlu sama-sama menjalankan pemeriksaan untuk mengetahui punca sebenar keputihan yang dialami. Hal ini penting untuk dilakukan kerana punca keputihan yang anda alami mungkin berpunca daripada beliau.

Info : Antibiotik yang diambil ketika sakit akan menghapuskan sekali gus bakteria baik dan jahat. Untuk mengembalikan kewujudan bakteria baik dalam tubuh, anda digalakkan untuk mengambil yogurt atau minuman berkultur yang mengandungi banyak lactobacilus.

HERBA MAHARANI HALAL


Adakah Produk Te Zhi Bai Feng Wan atau Herba Maharani ini Halal??

Kepada pengamal pil ini, usah risau kerana pengilang di China telah memperoleh pengiktirafan Halal daripada China Islamic Assocation, Beijing untuk produk ini.

Untuk makluman, China Islamic Association, Beijing adalah badan islam yang diiktirafkan oleh Jakim, Malaysia. Disebabkan produk ini adalah produk dari luar negara, Jakim tidak meletakkan logo pd barang. tetapi pihak Jakim telah mengiktiraf badan2 tertentu spt China Islamic Association  yg mengeluarkan tanda halal. Jadi produk Maharani telah mendapat sijil halal dari badan2 tersebut. Saya upload sijil halal yg di iktiraf oleh Jakim di sini. So tak perlu risau lagi. :D

** klik pd gambar untuk lebih jelas **

Aku, Temuduga Dan Pengorbanan Ibu

Kisah Sedih Menyentuh Hati
Kisah Sedih Menyentuh Hati – Aku, Temuduga Dan Pengorbanan Ibu | Harini Dr Fuh nak share satu kisah sedih menyentuh hati dan sanubari. Ecehh. Kisah sedih ni Dr Fuh pon tak pasti sama ada kisah benar ataupun rekaan semata-mata. Apa-apa pun kisah sedih ini sedikit sebanyak dapat memberikan pengajaran berguna buat kita semua. In Shaa Allah
Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.
Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.
Pengurus itu bertanya, “Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?”
Gadis itu menjawab “Tidak.”
Pengurus itu bertanya lagi, “Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?”
Gadis itu menjawab,”Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya.”
Pengurus meneruskan soalannya, “Ibu awak bekerja di mana?” Gadis itu menjawab,”Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah.”
Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.
Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, “Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?”
Gadis itu menjawab, “Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya.”
Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.
Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.
Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.
Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.
Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti.
Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.
Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.
Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : “Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?”
Gadis itu menjawab : “Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal.”
Pengurus itu bertanya lagi, “Apa yang anda rasa?”
Gadis itu menjawab : “Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan.”
Pengurus itu tersenyum lalu berkata, “Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini.”
Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.
Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.
Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.
Hargailah pengorbanan seorang ibu..gembirakan lah hati mereka senantiasa dengan meringankan beban mereka dan berbuat baiklah dengan ibu anda.

Wednesday 10 July 2013

DUNIA SEMUT


Dalam perjalanannya ke sekolah setiap hari, Omar berjalan melalui taman rumah di seberang jalan dan menanti di sana untuk seketika. Seorang kawan istimewanya tinggal di taman ini. Siapapun tidak mengenali kawan ini, tetapi Omar amat menyayanginya. Omar tidak pernah lupa menziarahi kawannya, dan dia amat gembira dengan persahabatan mereka. Tambahan pula, dia mempunyai seorang sahabat yang lebih pintar daripada orang lain. Walaupun saiz badannya kecil, tetapi kawannya ini melakukan banyak perkara-perkara penting. Dia juga adalah seorang yang kuat bekerja. Dia melakukan semua kerja-kerjanya dengan baik dan dalam masa yang sepatutnya, seolah-olah dia adalah seorang askar. Walaupun dia tidak pergi ke sekolah seperti Omar, dia melaksanakan dengan jayanya banyak tugas-tugas yang diperlukannya di dalam hidupnya.
Sudah tentu kamu tertanya-tanya siapakah sahabatnya itu?
Sahabat rahsia Omar ialah seekor semut, yang dapat melakukan banyak perkara-perkara yang indah.
Mungkin kamu belum pernah mendengar betapa mahir dan bijaknya semut. Sebahagian kamu mungkin menganggap mereka sebagai serangga-serangga ringkas yang hanya melata ke sana sini tanpa melakukan apa-apa. Tetapi mereka yang beranggapan demikian telah tersilap, kerana semut, seperti juga hidupan lain, mempunyai kehidupan mereka sendiri.
Omar berkesempatan untuk mempelajari dengan lebih terperinci kehidupan ini daripada sahabatnya. Kerana itulah dia tidak pernah lupa untuk menziarahi sahabatnya dan amat gemar berbual dengannya.
Omar berasa amat kagum dengan perkara-perkara yang didengarinya daripada sahabatnya tentang dunia semut. Dia ingin berkongsi semua yang telah dipelajarinya tentang bakat, kebijaksanaan dan semua sifat-sifat lain hebat sahabat kecilnya ini dengan orang lain.
Jadi, apa yang menyebabkan Omar begitu gembira? Kenapa dia begitu tertarik dengan dunia semut? Sudah tentu kamu tertanya-tanya mengapa. Jadi teruskan membaca...
Semut mempunyai jenis yang lebih banyak daripada hidupan-hidupan yang lain. Daripada setiap 700 juta semut yang dilahirkan ke dunia, hanya terdapat 40 kelahiran manusia. Dengan kata lain, jumlah semut-semut di dunia ini adalah jauh lebih tinggi daripada manusia.
Keluarga semut juga amat besar. Contohnya, kamu mungkin mempunyai sebuah keluarga yang terdiri daripada 4-5 orang anggota. Bagaimanapun, di dalam keluarga semut, kadang kala terdapat berjuta-juta semut. Sekarang fikirkan untuk seketika: jika kamu mempunyai berjuta-juta adik beradik bolehkan kamu tinggal di dalam sebuah rumah? Sudah tentu tidak!
Kehebatan sifat-sifat semut tidak berakhir di sini sahaja. Walaupun, berjuta-juta mereka tinggal bersama, mereka tidak mempunyai sebarang masalah di antara mereka, tidak ada kekeliruan atau kecamukan. Mereka hidup di dalam kehidupan yang begitu terancang di mana setiap mereka mematuhi peraturan.
Sebahagian keluarga semut adalah tukang jahit, yang lain pula menghasilkan makanan mereka sendiri seperti peladang, dan yang lain pula menjalankan ladang-ladang kecil di mana mereka memelihara haiwan-haiwan kecil. Seperti mana manusia memelihara lembu dan menggunakan susunya, semut pula memelihara kutu-kutu kecil (kutu daun) dan menggunakan susunya.
Sekarang mari kita lihat apa yang Omar akan katakan tentang dunia semut ini:

Omar: Saya mula menyedarinya apabila saya ternampak kepalanya yang kecil itu muncul daripada tanah. Kepalanya menarik perhatian saya, kerana ia lebih besar daripada badannya. Saya tertanya-tanya mengapa kepalanya begitu dan mula memerhatikan sahabat kecil saya ini. Kepalanya yang lebih besar daripada badan membantunya untuk bekerja sebagai pengawal di pintu masuk sarang. Adakah kamu mahu tahu ‘bagaimana’? Dia memeriksa sama ada semut-semut yang hendak memasuki sarang berasal daripada keluarganya atau tidak, dan dia tidak akan membenarkan mereka masuk sekiranya mereka orang asing.
Sebaik sahaja melihatnya, saya bertemu dengannya dan memintanya menceritakan apa yang sedang berlaku di dalam. Sahabat kecil saya faham akan perasaan ingin tahu saya, dan mula memberitahu saya tentangnya. Apa yang paling menghairankan saya ialah bagaimana semut-semut yang berkepala besar mengenali rakan-rakan sama sarang dengan mereka dan membenarkan mereka masuk.

Si Semut: Omar, pertamanya biar saya memaklumkan kepada awak bahawa kami memanggil keluarga kami sebuah ‘gerombolan’. Dengan kata lain, kami hidup di dalam masyarakat yang digelar gerombolan. Seekor semut dapat memberitahu dengan mudah sama ada semut lain berasal daripada gerombolannya atau tidak. Dia melakukannya dengan menyentuh badan semut tersebut dengan sesungutnya, (batang kecil dan nipis yang keluar daripada atas kepalanya) yang membantunya membezakan semut luar. Bagaimanapun, kami mungkin terpaksa menggunakan kekerasan untuk menghalaunya.
Omar terperanjat mendengar tentang sistem keselamatan mereka yang sempurna dan tertanya-tanya bagaimana semut-semut asing cuba memasuki sarang. Apabila dia berkongsi pemikiran ini dengan sahabatnya, dia tersenyum kepadanya dan menyatakan bahawa terdapat banyak perkara yang akan memeranjatkannya.
Semut tersebut kemudian berkata: “Biar saya memberitahu awak tentang keadaan dalaman sarang kami, yang kamu beria-ia untuk mengetahuinya. Gerombolan-gerombolan kami mempunyai seekor ratu semut, semut-semut jantan, askar-askar dan semut-semut pekerja.
Ratu dan semut-semut jantan mengekalkan spesies kami. Ratu lebih besar daripada kami semua. Tugas semut-semut jantan ialah untuk membolehkan ratu melahirkan semut-semut baru. Askar-askar bertanggung jawab memelihara gerombolan kami, memburu dan mencari tempat baru untuk sarang. Kumpulan terakhir mengandungi semut-semut pekerja. Semut-semut pekerja semuanya terdiri daripada semut-semut betina yang mandul. Iaitu, mereka tidak boleh melahirkan anak. Mereka menjaga ratu dan anak-anaknya, dan membersihkan dan memberi makan kepada mereka. Lebih daripada itu, mereka terpaksa melakukan semua kerja-kerja lain di dalam gerombolan. Mereka membina koridor lubang baru di dalam sarang, mencari makanan dan membersihkan sarang. Semut-semut pekerja dan askar juga terbahagi kepada kumpulan-kumpulan kecil di kalangan mereka. Sebahagian mereka adalah penternak, juru bina, dan pencari makanan. Setiap kumpulan mempunyai tugas-tugas yang berbeza. Ketika satu kumpulan berlawan dengan musuh-musuh atau berburu, kumpulan lain pula membina sarang, dan yang lain pula mengambil berat tentang kebersihan dan membaiki sarang”.
Apabila sahabat kecil Omar telah menjelaskan semuanya, dia mendengarnya dengan penuh tanda tanya, dan kemudian menyoalnya: “Tidak pernahkah kamu merasa bosan, menanti di pintu masuk sarang setiap masa? Apakah tugas kamu di dalam sarang?

Si semut menjelaskan: “Saya juga seorang pekerja, dan tugas saya ialah untuk bekerja sebagai penjaga pintu. Seperti yang dapat kamu lihat, kepala saya cukup besar untuk menutup lubang masuk sarang. Saya bangga mempunyai kebolehan ini, dan saya melaksanakan tugas saya dengan bangga. Saya tidak pernah bosan; sebaliknya, saya gembira kerana saya melindungi sahabat-sahabat saya daripada ancaman”.
Omar tidak dapat menahan kekagumannya terhadap jawapannya. Semut-semut bekerja sepanjang masa untuk menolong yang lain, tanpa memikirkan diri mereka sendiri dan tanpa sebarang masalah – sesuatu yang sering tidak dapat dilakukan oleh manusia.
Daripada apa yang telah diberitahu oleh sahabat kecilnya, dia dapat memahami dengan mudah bahawa kerja-kerja di dalam sarang telah dibahagikan dengan sempurna di antara semut-semut ini. Jelas di sini bahawa kehidupan semut-semut telah diatur dengan baik dan semua semut-semut ini tidak mementingkan diri. Kemudian dia tertanya-tanya sama ada mereka pernah bergaduh di kalangan mereka kerana sebahagian mereka mendakwa mereka lebih baik atau lebih kuat daripada yang lain. Sahabat beliau berkata bahawa perkara seperti itu tidak pernah berlaku dan menambah:
“Kami adalah sebuah keluarga yang besar, Omar. Tidak ada perasaan cemburu, persaingan atau angan-angan di kalangan kami. Kami selalu tolong-menolong di antara satu sama lain dan kami melakukan yang terbaik untuk gerombolan kami. Segala-galanya di dalam gerombolan ini adalah berdasarkan kepada pengorbanan. Setiap semut memikirkan kepentingan sahabat-sahabatnya terlebih dahulu, dan kemudian barulah dirinya. Biar saya berikan kamu satu contoh. Apabila berlaku kekurangan makanan di dalam gerombolan, semut-semut pekerja dengan segera berubah menjadi semut “pemberi makan”, dan mula memberi makan kepada yang lain dengan makanan di dalam perut simpanan mereka. Apabila telah cukup makanan di dalam gerombolan, mereka sekali lagi bertukar menjadi semut-semut pekerja.
Saya pernah mendengar manusia menyatakan bahawa terdapat persaingan di dalam alam semula jadi. Jangan sekali-sekali percaya apa yang mereka katakan. Kami lebih tahu bahawa kami perlu bekerjasama untuk berjaya.”
Omar menyatakan bahawa apa yang telah dia beritahunya tentang dirinya dan gerombolannya adalah satu contoh yang baik. Dia amat gembira mengetahui bahawa Allah telah menjadikannya begitu tidak mementingkan diri sendiri, membantu dan sukakan sahabat-sahabatnya. Selepas apa yang diberitahunya kepadanya, dia memilih untuk menjadi sekurang-kurangnya seorang yang selalu memikirkan orang lain seperti mana semut-semut tersebut, dan menjadi orang baik yang Allah sukai.
Dia telah terlewat dan perlu pergi segera ke sekolah. Dia memberitahu sahabatnya bahawa dia terpaksa pergi, tetapi dia akan datang bertemu dengannya esok.
Keesokannya, Omar pergi semula ke tempat yang sama dan menanti sahabat kecilnya. Selepas beberapa minit, dia muncul. Dia memberitahunya bahawa dia tidak sabar menanti sepanjang malam untuk bertemu dengannya lagi. Kemudian mengingatkannya tentang janjinya untuk menceritakan kepadanya keadaan dalaman sarang. Oleh itu, si semut mula menceritakan tentang tempat tinggalnya:
“Walaupun kami adalah haiwan-haiwan yang kecil, sarang kami amat besar, tidak ubah seperti ibu pejabat sebuah angkatan tentera yang besar. Jika kamu orang luar, kamu tidak akan dapat memasukinya. Kerana, seperti yang telah kamu ketahui, terdapat pengawal-pengawal seperti saya di pintu-pintu.
Di dalamnya, terdapat aktiviti yang sangat tersusun dan berterusan. Beribu, malah berjuta-juta semut askar dan pekerja seperti saya bekerja di dalam keadaan yang paling mudah.
Lagipun, kami telah memikirkan semua keperluan-keperluan kami ketika kami mendirikan bangunan-bangunan kami. Contohnya, bangunan kami mempunyai paras-paras bawah tanah yang hanya mengehadkan sejumlah cahaya matahari masuk. Tetapi terdapat juga bahagian di mana tenaga cahaya matahari diperlukan. Kami membina bahagian ini di paras paling atas, yang menerima cahaya matahari pada sudut paling luas. Dan kemudian, terdapat juga bahagian-bahagian yang perlu berada dalam keadaan berhubungan di antara satu sama lain. Kami membinanya berhampiran di antara satu sama lain, supaya semut-semut dapat bertemu antara satu sama lain dengan mudah. Ruang simpanan kami, di mana bahan-bahan lebihan kami disimpan, dibina sebagai satu bahagian yang terpisah di satu bahagian bangunan. Bilik-bilik kecil di mana kami menyimpan makanan kami ditempatkan di tempat-tempat yang mudah dicapai. Tambahan pula, terdapat juga sebuah dewan di bahagian tengah bangunan di mana kami berkumpul pada waktu-waktu tertentu”.
Apabila Omar mendengar semua ini, dia bertanya kepada sahabat kecilnya: “Apakah kamu benar-benar melakukan semua ini? Saya tidak tahu semut-semut dapat bekerja seperti jurutera-jurutera dan arkitek-arkitek yang mahir. Jika manusia hendak mendirikan bangunan-bangunan yang sempurna, mereka perlu meluangkan banyak tahun di sekolah dan bekerja keras. Adakah kamu juga mendapat latihan yang sama?” Sebagai balasan, si semut tersebut memberitahunya lebih banyak perkara-perkara menarik tentang sahabat-sahabatnya:
“Tidak, Omar. Kami semua mempunyai kemahiran ini di dalam diri kami. Ia tidak pernah diajarkan kepada kami, tetapi kami mengetahui dengan tepat apa yang perlu dilakukan, dan bila. Bukan setakat itu sahaja. Apa yang akan saya beritahu kamu selepas ini akan lebih memeranjatkan kamu.
Seperti yang telah saya beritahu kamu sebelum ini, bangunan kami sangat besar jika dibandingkan dengan saiz kami. Bagaimanapun, kepanasan di setiap tempat adalah sama rata. Di dalam sarang kami, terdapat satu sistem pemanasan yang sangat maju. Dengan cara ini, suhu akan kekal sepanjang hari. Untuk menjamin perkara ini, kami menutup permukaan luar bangunan kami dengan bahan-bahan yang tidak membenarkan kepanasan masuk. Dengan cara ini, kami juga menghalang udara sejuk masuk ketika musim sejuk dan menahan udara panas pada musim panas. Dengan cara inilah kami mengekalkan suhu pada satu paras”.
Sudah tentu jika Omar tidak bertemu dengan sahabat kecilnya ini, dia sukar untuk percaya bahawa semut dapat melakukan semua ini. Dia berkata kepada si semut: “Sebelum kamu memberitahu saya perkara ini, jika seseorang datang dan memberitahu tentang perincian tentang sarang kamu dan bertanya siapakah yang dapat membina sarang seperti itu, sudah tentu saya memberikan jawapan yang berbeza. Saya mungkin akan mengatakan bahawa sebuah sarang seperti itu hanya dapat dibina dengan peralatan yang baik dan kerja keras oleh orang-orang yang mahir. Jika ada orang menyatakan bahawa sarang ini tidak dibina oleh orang yang berpelajaran tetapi oleh semut-semut, sebenarnya, saya tidak mungkin akan mempercayainya”.
Ketika sahabat kecilnya, si semut bercakap dengannya, banyak anggapan melintasi mindanya. Dia beranggapan bahawa mereka lebih mahir daripada manusia, dan mula melihat haiwan-haiwan dengan pandangan yang berbeza. Dia faham semut-semut itu telah dijadikan Allah, dan ilham Allah kepada mereka setiap masa yang menjadikan mereka berkelakuan seperti ini. Jika tidak, mereka tidak akan dapat melakukan perkara-perkara ini dengan berjaya.
Ketika semua perkara ini terlintas di fikirannya, sahabat kecilnya masih terus bercakap. Apabila dia telah selesai, Omar menjadi lebih tertarik, dan mahu bertanyanya tentang semua yang terlintas di fikirannya. Dia bertanyakan soalan pertama yang difikirkannya segera. Dia telah diberitahu sebelum ini bahawa semut-semut ini berkelakuan seperti peladang, jadi dia bertanya bagaimana mereka dapat melakukannya. Bagaimana seekor semut yang begitu kecil, berladang di atas tanah tanpa sebarang peralatan, sesuatu yang manusia pun sukar untuk melakukannya?
Si semut berkata: “Biar saya beritahu awak satu perkara tentang kami. Dengan cara itu, ia akan memudahkan untuk menjawab soalan kamu. Walaupun kami kelihatan sama semuanya, kami sebenarnya terbahagi kepada banyak kumpulan-kumpulan yang berbeza mengikut cara kami hidup dan rupa kami. Terdapat 8,800 jenis semut yang berbeza. Setiap spesies mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Semut peladang adalah salah satu daripadanya. Sekarang, saya akan memberitahu kami tentang semut yang terlibat di dalam perladangan. Mereka digelar “attas”, iaitu, semut pemotong daun.
Sifat-sifat terkenal attas ialah kebiasaan mereka membawa di atas kepala mereka pecahan-pecahan daun yang telah dipotong. Untuk tujuan itu, mulanya mereka melicinkan jalan mereka, supaya mereka dapat melaluinya dengan mudah. Jalan di mana mereka berjalan ke sarang mereka ketika membawa pecahan-pecahan dedaun kelihatan seperti sebuah lebuh raya kecil. Semut-semut berjalan perlahan-lahan sepanjang jalan ini,mereka mengutip semua ranting-ranting, batu-batu kerikil kecil, rumput dan tumbuhan liar di atas tanah, dan membuangnya. Jadi mereka membersihkan sebuah jalan untuk diri mereka sendiri.
Selepas melakukan kerja yang banyak dan lama, lebuh raya mereka menjadi lurus dan licin seperti telah diratakan oleh alat khas. Attas berjalan di atas laluan ini, berlindung di bawah pecahan-pecahan daun yang besar, yang mereka bawa di dalam rahang-rahang mereka yang dikepit kejap.

Omar: Kamu katakan mereka bersembunyi di bawah daun-daun? Mengapa attas merasa perlu untuk bersembunyi di bawah daun-daun?

Si Semut: Kadang kala, semut attas perlu berhati-hati, Omar. Contohnya, pekerja attas yang bersaiz sedang meluangkan hampir sepanjang hari berada jauh daripada sarang, membawa dedaun. Adalah sukar untuk mereka melindungi diri mereka ketika melakukannya, kerana mereka membawa dedaun di rahang mereka, yang selalunya mereka gunakan untuk mempertahankan diri.

Omar: Jadi, jika mereka tidak dapat mempertahankan diri, siapa yang melakukannya untuknya?

Si Semut: Semut-semut pekerja pemotong daun sentiasa ditemani oleh pekerja-pekerja yang lebih kecil. Pekerja-pekerja ini memanjat naik ke atas daun yang dibawa oleh attas dan terus memerhati. Jika berlaku serangan musuh, mereka akan melindungi sahabat-sahabat mereka, walaupun mereka bersaiz kecil.

Omar: Itu adalah satu lagi contoh pengorbanan. Tetapi saya ingin mengetahui satu lagi perkara. Untuk apa attas-attas ini menggunakan dedaun ini? Mengapa attas-attas ini membawa dedaun ini sepanjang hari?

Si Semut: Mereka memerlukannya untuk perladangan mereka. Attas menggunakan dedaun ini untuk menanam kulat. Semut-semut tidak dapat memakan dedaun ini sendiri. Oleh itu semut-semut pekerja membuat satu longgokan pecahan-pecahan dedaun selepas mengunyahnya, dan kemudian menempatkannya di dalam bilik-bilik bawah tanah di dalam sarang mereka. Di dalam bilik-bilik ini, mereka menanam kulat di atas daun-daun dan mereka memperoleh makanan mereka daripada pucuk-pucuk kulat yang tumbuh.
Kamu tentu tertanya-tanya bagaimana semut-semut kecil ini dapat melakukan pekerjaan menakjubkan seperti ini sendiri?

Omar: Ya, memang saya cuba memahami bagaimana semut-semut dapat melakukan semua itu. Contohnya, jika kamu meminta saya menanam kulat, sudah tentu ia bukan pekerjaan yang mudah bagi saya. Sekurang-kurangnya saya perlu membaca beberapa buah buku atau meminta nasihat daripada mereka yang tahu melakukannya. Tetapi saya tahu semut-semut tidak mendapat latihan seperti ini.
Sekarang baru saya faham apa yang menyebabkan kamu dan sahabat-sahabat kamu begitu mahir. Kamu telah diprogramkan untuk melakukan tugas-tugas kamu. Contohnya, attas telah wujud di dunia ini dalam keadaan telah sedia mengetahui tentang perladangan. Sudah tentu, Allah, Pencipta semua hidupan, telah memberikan kemahiran ini. Allahlah yang telah menjadikan kamu dan sahabat-sahabat kamu dengan sifat-sifat yang hebat ini.

Si Semut: Kamu betul, Omar. Kami mengetahui perkara-perkara ini secara semula jadi. Pencipta kami, Allah, memberikannya kepada kami sebagai satu nikmat.
Omar telah lewat lagi. Dia mengucapkan terima kasih kepadanya, dan pergi ke sekolah. Ketika berjalan, perkara-perkara yang sahabat semutnya telah beritahunya masih bergema di dalam telinganya. Sementara itu, dia terus berfikir.
Perlakuan-perlakuan mahir semut menunjukkan kepada satu kebijaksanaan hebat. Tetapi kebijaksanaan ini tidak mungkin kepunyaan semut-semut itu sendiri. Tambahan pula, mereka hanyalah makhluk-makhluk kecil. Kalau begitu, sudah tentu semua kemahiran semut menunjukkan kepada manusia kebijaksanaan Allah. Untuk menunjukkan kehebatan-Nya dan kesenian rekaan-Nya, Pencipta semut ini, telah menjadikan makhluk-makhluk kecil ini melakukan tugas-tugas yang tidak dapat mereka lakukan dengan kebijaksanaan dan kehendak mereka sendiri.
Sahabatnya memiliki kebijaksanaan, kemahiran dan pengorbanan semula jadi kerana dorongan Allah. Semua yang dilakukannya menunjukkan bahawa ia bukan kuasa dan kebijaksanaannya, tetapi Allah.
Memikirkan perkara-perkara ini, dia menyedari bahawa beberapa perkara yang digambarkannya sebelum ini secara berbeza telah digantikan oleh pandangan-pandangan fakta yang sebenar. Dia juga memahami kini bahawa cerita-cerita tentang hidupan, bagaimana mereka wujud secara kebetulan, bagaimana mereka memperoleh kemahiran-kemahiran yang mereka miliki secara kebetulan melalui satu jangka masa, adalah dusta. Bagaimana ia boleh menjadi benar? Cuba fikirkan, bagaimana semut-semut ini “bercakap” di antara satu sama lain dengan begitu sempurna jika mereka wujud secara kebetulan? Bagaimana mereka dapat berhubung di antara satu sama lain tanpa sebarang kekeliruan, dan membina sarang yang sempurna? Lagipun, jika semua semut-semut ini telah wujud secara kebetulan dan jika mereka hidup hanya untuk mempertahankan diri, bagaimana mereka dapat melakukan pengorbanan yang sangat besar di antara satu sama lain?
Dia memikirkan perkara ini sepanjang hari di sekolah. Apabila dia pulang pada sebelah petangnya, dia memilih untuk membaca al-Quran, yang telah Allah turunkan kepada semua manusia. Ayat pertama yang dibacanya adalah seperti berikut:
Dia yakin bahawa Allah telah menjadikan semut, dirinya, ibunya dan bapanya, saudaranya dan segalanya di alam semesta ini. Sahabat kecilnya telah mengingatkannya tentang satu kenyataan penting di dunia ini: iaitu tiada pencipta selain daripada Allah.
Saya percaya apabila kamu membaca ayat-ayat ini, kamu semua akan memahami kebenarannya seperti Omar, dan mengetahui bahawa Allahlah yang telah menjadikan segalanya. Kemudian kamu akan berkata: “Darwin, yang menyatakan bahawa hidupan tidak dijadikan, tetapi telah wujud secara kebetulan, adalah suatu pembohongan besar. Apabila kita dikelilingi oleh makhluk-makhluk yang mempunyai banyak kemahiran menakjubkan, adalah mustahil untuk memikirkan bahawa ia wujud secara kebetulan”.
Jadi, seperti Omar kamu juga mungkin menemui suatu hari nanti seorang kawan baik, jangan lupa bahawa banyak yang dapat kamu pelajari daripadanya. Kaji dan fikirkan tentang kesempurnaan di dalam kesenian Allah, Yang menjadikannya. Dan jika kamu bertemu dengan pendusta-pendusta seperti Darwin, ceritakan kepada mereka tentang sifat-sifat sahabat kecil kamu dan katakan bahawa kamu tidak akan mempercayai penipuan-penipuan mereka yang tidak masuk akal.




Mungkin kamu belum pernah mendengar tentang kemahiran dan kebijaksanaan semut. Sebahagian daripada kamu mungkin beranggapan bahawa semut hanyalah serangga ringkas yang melata di merata tempat tanpa melakukan apa-apa. Tetapi sesiapa yang beranggapan demikian sebenarnya telah tersilap, kerana semut, seperti juga hidupan-hidupan lain, mempunyai kehidupan mereka sendiri, dan mempunyai berbagai ciri-ciri menakjubkan. Omar, hero buku ini, berpeluang untuk mempelajari dengan lebih dalam tentang kehidupan ini daripada seorang kawan. Dia terpesona dengan apa yang telah dipelajarinya daripadanya. Jadi apakah yang menyebabkan Omar begitu gembira? Mengapa dia merasa kagum dengan dunia semut?

Lebih daripada itu, siapakah “sahabat kecil” yang memberikan Omar semua maklumat-maklumat ini? Jadi sudah tentu kamu tertanya-tanya apakah kisahnya. Bacalah buku ini, dan cari jawapannya...

KEPUTIHAN WANITA

KEPUTIHAN WANITA MERUNGSINGKAN
Adakah Sebelum Ini Anda Mengalami Perkara Seperti Berikut:
  1. Kegatalan pada kemaluan?
  2. Selalu keluar cecair yang berwarna putih dan kekuningan disertai dengan bau?
  3. Ketidakselesaan apabila “bersama” suami?
  4. Terpaksa memakai ‘panty-liner’ tiap-tiap hari?
  5. Ada menjadi kurang keyakinan diri dan hubungan anda dengan suami semakin dingin?
Jangan Anggap Remeh Terhadap Keputihan Ramai wanita termasuk diri saya menganggap keputihan itu adalah gejala yang normal dan akan sembuh dengan sendirinya. Tetapi saya silap! Keputihan adalah lebih jauh daripada itu…


Tahukah anda bahawa keputihan terjadi disebabkan antara 2 sebab ini;
Iaitu jangkitan bakteria seperti Bacteria Vaginosis ataupun kulat seperti Trichomoniasis dan Candida Albican. Jika rawatan kulat ini tidak dirawat, maka kesannya akan menjadi bertambah teruk.
Kulat ini mampu merebak keseluruh tubuh anda dan seterusnya jangkitan ini boleh menyerang organ-organ penting dalam badan anda. Jangkitan bakteria atau kulat ini juga mampu merebak ke pasangan kita. Hasilnya organ seksual lelaki juga akan mengalami kegatalan, kemerahan, kesakitan dan juga kulit melecet.


Bagaimana Cara Rawatannya?
Dengan permasalahan ini saya mengesyorkan dengan pemakaian PREMIUM BEUTIFUL ini kerana LONG GIRDLE siri Premium Beautiful mempunyai jaringan dibawah jadi permasalahan ruang faraj kering atau basah tidak berlaku dan pengumpulan bakteria di bahagian faraj tidak berlaku.
So sangat selesa dan tidak berbau. Kegatalan pun tidak lagi menghantui anda.

Gambar ini menunjukkan kesan keputihan yg berlaku.

Masalah Keputihan

CALL NOW!!!
ANEY 014-2563698
www.facebook.com/warisanmawarsuci


KEISTIMEWAAN PREMIUM BEUTIFUL

PREMIUM BEAUTIFUL TIADA TANDINGANNYA
Membentuk Badan Anda
Membantu mengalihkan lemak badan ke tempat yang betul. Menarik lemak berlebihan dari satu-satu tempat pada badan ke belakang dan pada pinggang ke arah dada dan punggung. Ini memberikan wanita bentuk badan menggiurkan yang diidamkan. Melainkan mereka sememangnya mempunyai bentuk badan sedemikian tetapi adakah pakaian dalam biasa memberikan kelebihan seperti dibawah?
Jaminan Seumur Hidup
Korset Premium Beautiful didatangkan dengan jaminan servis PERCUMA seumur hidup. Oleh yang demikian, anda seharusnya membeli dari agen yang professional dan boleh dipercayai. Sebarang kerosakan disebabkan penggunaan harian boleh diservis dan ianya adalah PERCUMA.
Superbrands
Majlis Superbrands mengiktiraf korset Premium Beautiful berdasarkan dua faktor. Kualiti dan kuantiti bermaksud korset ini diketahui umum tentang kualiti pembuatannya dan menjadi pilihan berjuta wanita diseluruh dunia. Adakah pakaian dalam anda Superbrands? Jadi ini menimbulkan persoalan, mengapa patut saya peduli? Kalau anda mengutamakan kualiti, fikirkan Superbrands.
Far Infrared Ray – Kebaikan untuk kesihatan
Kajian menunjukan yang F.I.R merupakan terapi alternatif sama seperti yang rawatan konvensional yang kita boleh dapat melalui preskripsi ubat yang diberikan oleh doktor. F.I.R diterima secara meluas sebagai cara yang boleh dipercayai bagi memulihkan pengedaran darah dalam badan dan membantu menaikkan metabolisma. Ia membantu badan dalam proses penyingkiran toksin. Kenapa menambah FIR ke dalam Premium Beautiful? Buat pencarian di internet mengenai senarai 10 barah bagi wanita dan anda akan faham. (sumber: http://www.biocera.co.kr/eng/Far_infrared_ray.htm)
American Chiropractic Association
Premium Beautiful terdiri daripada 3 bahagian korset, dimana waist nipper telah dibuktikan boleh membantu membetulkan postur badan, menyembuhkan sakit belakang dan slip disc pesakit. Waist nipper mempunyai 7 dawai memory coil (dawai yang kembali kepada bentuk asal setelah dilentur) yang menyokong belakang badan dan membenarkan pergerakan yang fleksibel.
Bahan Akwatek & Akwadyne

Malaysia merupakan negara yang mempunyai iklim tropikal dan suhunya boleh mencecah sehingga 36 darjah celcius keatas. Pemilihan bahan pakaian adalah PENTING. Akwatek & Akwadyne diketahui mampu menstabilkan suhu badan dimana apabila berada didalam kondisi yang sejuk, fabrik akan mengetat untuk menyimpan haba manakala pada suhu yang lebih tinggi, fabrik meregang untuk memudahkan proses pembebasan kelembapan.
Itulah dia, gabungkan kesemua faktor diatas dan anda akan mendapat suatu produk yang sangat hebat!
Jadi setiap kali anda memakai Premium Beautiful, anda mempunyai LEBIH dari satu sebab. Saya mencadangkan anda mendapatkan set anda melalui agen yang berkelayakan dan boleh dipercayai.

TIPS PENJAGAAN PAYUDARA

4 TIPS PENJAGAAN PAYUDARA
Setiap insan bergelar wanita mengimpikan payudaranya cantik, menarik dan sihat. Namun kebanyakkan wanita telah melakukan beberapa kesilapan yang secara tidak langsung mengundang kesan buruk kepada payudara itu sendiri Seiring dengan peredaran zaman, payudara akan menjadi kendur disebabkan beberapa faktor yang tidak disedari antara:

Salah pilih bra
Pemilihan coli yang betul menjadi penyokong faktor utama untuk kesihatan payudara. Sesuaikan cup dengan ukuran payudara serta ukur lilit dada yang patut. Hal ini akan memberi keselesaan sehingga aliran darah akan berjalan dengan lancar.

Air Panas
Air panas boleh menyebabkan payudara mengendur. Suhu air panas mengurangkan pengeluaran kolagen dalam sel kulit sehingga akan mengurangkan keanjalan kulit. Sebaiknya elakkan mandi dengan air yang terlalu panas. Jika terkena air panas, percikkan payudara dengan air sejuk agar meneutralkan.

Berat Badan turun secara drastik
Perempuan sering tergoda dengan pelangsingan tubuh secara segera. Namun tahukah anda, jika berat badan turun dengan cepat dan mendadak, kesannya juga akan terasa pada payudara, kulit sekitar payudara juga akan menjadi kendur.

Kedudukan Tubuh
Kedudukan tubuh tidak hanya mempengaruhi pada struktur tulang, tetapi juga mempengaruhi payudara. Pastikan kedudukan anda betul semasa duduk, berjalan dan berdiri. Hal ini membuat payudara tetap dengan kadar yang sesuai. Bagi membantu wanita-wanita yang impikan sentiasa cantik dan sihat yang terbaik adalah pemilihan Long Bra Premium Beautiful banyak membantu untuk menjadikan payudara kelihatan indah, menarik dan sihat, ini kerana Bra Premium Beautiful dilengkapi dengan Far Infra Red Rays (FIR) dan mempunyai ciri-ciri yang membuatkan sipemakai selesa disamping memberi kesan kesihatan yang baik, antaranya:
  • Cup berbentuk piramid memberi ruang untuk peredaran udara dan boleh mengelak masalah flat/inverted nipple.
  • Tali bra yang lebar direka untuk menampung payudara dengan lebih sempurna.

Monday 8 July 2013

BB PLUS COLLAGEN.....:)

Apa 2 BB PLUS COLLAGEN???

Collagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Ia merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.
Kalau badan sudah hasilkan collagen, perlu ke ambil collagen supplement?
Perlu la! Macam protein-protein tisu yang lain, semakin usia meningkat, semakin slowwww tumbesaran/penggantian tisu. Cuba bezakan kalau kita jatuh 10 tahun lepas dengan kalau kita jatuh sekarang. Mana lagi lama nak baik? Mana lagi lama kesan lebam itu nak hilang? Jadi, pengambilan collagen boleh merangsang menguatkan collagen yang sedia ada DAN merangsang pertumbuhan collagen baru.
atau jawapan ala-ala scientist, faktor penuaan luaran dan dalaman boleh merosakkan fiber protein, fibroblas dan vitamin yang diperlukan untuk merangsang penghasilan kolagen. Kekurangan kolagen adalah antara faktor penyebab terjadinya proses penuaan kulit.


Fungsi collagen....
menghasilkan asid amino penting seperti :
: lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
: hydroxyprolin- memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin -melembapan kulit.
alanin, prolin
: asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
: arginin – memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
Selain itu, collagen juga
: mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
: melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif
: menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
: menampung air dalam tubuh.
: meningkatkan penyerapan kalsium.
: menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
: meningkatkan isyarat induksi
menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik
Jadi, bila kita ambil BB Plus Collagen, dapat menegang,menganjal dan melembapkan kulit. dan benefits yang lain juga seperti kat atas. Tapi Hane minum sebab nak kulit yang lebih glowing..:)

Banyak kan collagen di pasaran. Nak pilih yang mana?
(1) Pilih collagen dari sumber ikan.
(2) Pilih collagen dari sumber ikan yang dihidrolisis.

DI RINGKASKN , pilih la BB Plus Collagen. Thank u very much :)

Ikan? Collagen ini rasa ikan la?
Sila jangan buat fitnah. Collagen ini ada tambahan roselle. Roselle bukan sahaja tinggi vitamin C, rasa pun sedap. Kalau tak pernah rasa air roselle, rasanya macam air ribena.



Apa beza fish collagen dengan yang lain-lain?
First and most importantly, HALAL. At least BB Plus Collagen ini halal la. Boleh refer kat table bawah ini untuk perbezaan yang lain.


Bagaimana BB Collagen berfungsi?
REPAIR.REBUILD.RENEW

Kelebihan BB Plus Collagen?
1. Dos yang Efektif. Hanya 1 paket (5g) setiap hari
P/S: lebih dr 5g – badan kita akan terus kumuhkan keluar
2. Kandungan peptida kolagen yang tinggi. Proses hidrolisis menghasilkan peptida (3k saiz Dalton) yang sedia diserap
3. Selamat. Bebas daripada bahan beracun (itulah sebabnya kolagen ikan laut dalam yg terpilih)
4. Perlindungan antioksida tambahan. Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan drp sinaran UV dan radikal bebas
5. Anti Alahan dan Anti Radang. Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit.
- di pasaran setakat hanya ada 2 jenama yg mengandungi OPC dan salah satu darinya adalah BB Plus Collagen
6. Ko-faktor tambahan. Vitamin C dan Roselle menguatkan rantaian kolagen (penjual kolagen lain di pasaran biasanya akan offer vitamin C juga utk diambil sekali)
7. Mencerahkan kulit. Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit.
8. Manfaat Tambahan. Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang membantu mengurangkan kesakitan akibat osteoarthritis.
9. Rasa Enak. Rasa enak campuran 100% jus blackcurrant dan jus roselle, tiada bau ikan
10. Tanpa Gula dan Kolesterol. Gula gantian semulajadi dengan Indeks Glisemik yang rendah, sesuai untuk para diabetes. Juga sangat sesuai untuk mereka yang tengah ber-diet!
Ingrediants BB Plus Collagen
Hydrolized marine collagen, grape seed extract, Vitamin C, roselle juice powder, blackcurrant juice powder, apple fiber, inulin.
Bagaimanakah BB Plus dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi?
Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism and osteoarthritis.
Harga: RM180/box
1 box = 20 sachets
Cara minum: Campurkan 1 sachet ke dalam air SEJUK. Kacau or better yet, shake, shake, shake dan minum. Recommend minum sebelum makan atau sebelum tidur.
Untuk HARGA ISTIMEWA dan offer, boleh contact :

ANEY SALWANI
014-2563698
salwaniewa@yahoo.com

fb:www.facebook.com/warisanmawarsuci